Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga maksimum minyak masak sawit tulen botol dikekalkan bagi tempoh 8 Februari hingga 7 Mac 2023 walaupun berlaku sedikit kenaikan untuk bulan Januari.

Sepanjang tempoh itu, harga minyak 1 kilogram dikekalkan pada RM6.90; 2kg (RM13.30) 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk individu.

Manakala untuk syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000. – MalaysiaGazette