Jegan (baju putih) melihat tangki minyak yang diubah suai bagi kegiatan seludup diesel di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.

BUKIT MERTAJAM –  Seleweng minyak diesel guna lori tangki minyak kelapa sawit bagi elak dikesan pihak berkuasa.

Itu taktik satu sindiket penyelewangan minyak diesel yang dibongkarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang selepas menyerbu sebuah stesen minyak di Juru di sini, semalam.

Operasi kira-kira jam 4.40 petang itu turut membawa kepada tangkapan dua lelaki berusia 20 dan 30-an yang sedang leka mengisi minyak diesel ke dalam tangki berkapasiti 39,000 kilogram yang telah diubah suai.

Pengarah KPDN negeri, S. Jegan berkata, sindiket itu berpura-pura mengisi minyak diesel ke dalam tangki lori itu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Lori tangki minyak sawit itu disewa sindiket bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Tangki minyak diesel pada lori yang disewa itu telah disambungkan dengan tangki utama melalui tangga yang diubahsuai.

“Minyak diesel yang dipam akan melalui paip pada tangga tersebut yang jika dilihat melalui mata kasar, ia boleh memperdaya orang kerana kelihatan seperti lori tangki biasa,” katanya pada sidang media di Kompleks Penyimpanan Eksibit KPDN di Bukit Minyak di sini, hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast