Sebuah trak yang menempatkan 39 pendatang Vietnam yang ditemui mati akibat lemas di Essex pada 2019. foto Twitter

LONDON – Seorang lelaki Romania telah dihadapkan ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan membunuh 39 pendatang Vietnam yang ditemui mati dalam treler lori bertutup.

Mangsa, termasuk 10 remaja, ditemui di Essex pada tahun 2019.

Marius Mihai Draghici didakwa dengan 39 pertuduhan membunuhan dan konspirasi imigresen.

Lelaki berusia 49 tahun itu enggan membuat rayuan di Old Bailey di London dan berkata: “Saya tidak mahu melakukannya hari ini”.

Mayat 39 orang itu ditemui di Greys pada 23 Oktober 2019, selepas lori itu melakukan perjalanan dengan feri dari Zeebrugge di Belgium ke Purfleet di muara Thames.

Tarikh sementara untuk perbicaraan selama empat minggu di hadapan hakim Mahkamah Tinggi pada 6 November 2023.

Caolan Gormley, 25, dari County Tyrone, Ireland Utara pula sudah membuat pengakuan tidak bersalah atas konspirasi untuk membantu pendatang tanpa izin, akan dibicarakan pada tarikh yang sama.

Draghici berada dalam tahanan dan Gormley diberikan jaminan bersyarat. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast