Gambar yang dikongsikan Wan Ahmad Fayhsal di Facebook ketika bertemu dengan Khairy.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengadakan pertemuan dengan Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Pertemuan mereka berdua dikongsikan Wan Ahmad Fayhsal menerusi hantaran bergambar di Facebooknya.

Tidak dinyatakan lokasi pertemuan itu serta isi kandungan perbincangan kedua-dua ahli politik tersebut.

Thank you bro Khairy Jamaluddin for having me,” tulis Wan Ahmad Fayhsal secara ringkas di laman sosial itu.

Susulan gambar yang dimuatnaik oleh Wan Ahmad Fayhsal, ada dalam kalangan netizen membuat pelbagai andaian termasuk tertanya-tanya sama ada Khairy yang dipecat UMNO akan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Tidak kurang juga netizen meminta bekas Ketua Pemuda UMNO itu memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti baharu.

Baru-baru ini Khairy memaklumkan akan mempertimbang parti yang dapat memenuhi wawasannya untuk negara.

Antara lain, beliau berkata, parti yang menawarkan inklusif, tatakelola pentadbiran yang baik, progresif serta kukuh, selesa dan sesuai dengan kehendaknya.

Sebelum itu, PN menyatakan kesudian untuk menerima Khairy menyertai parti itu, termasuk parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. KJ masuk PN pun bagus sebab masa dia jadi Ketua Pemuda UMNO pun dia gagal tarik org muda…dia ni sesuai jd artis jaa

Comments are closed.