KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak sihat hari ini bagi menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves.
Memetik laporan Astro Awani, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, Anwar terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Perdana Menteri sepatutnya hadir ke sambutan Thaipusam (di Batu Caves) hari ini namun beliau menghubungi saya pagi tadi memaklumkan beliau tidak sihat dan terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Menurutnya, Anwar turut memaklumkan satu sesi perjumpaan bersama semua jawatankuasa kuil-kuil di seluruh Malaysia akan diadakan dalam masa terdekat.
Perjumpaan itu bagi membolehkan Anwar menyampaikan amanat kepada mereka.
Sivakumar ditemui pemberita pada sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, pada Ahad.-MalaysiaGazette