Foto Facebook Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut dan masyarakat beragama Hindu di negara ini.

Anwar berkata, perayaan serta budaya yang pelbagai di Malaysia adalah hujah ampuh untuk masyarakat Malaysia saling kenal dan membina persefahaman tatanan negara bangsa yang majmuk.

“Mari bersama kita mengukuh perpaduan dan kerukunan demi pertiwi tercinta,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Masyarakat Hindu menyambut perayaan Thaipusam hari ini dengan membanjiri kuil-kuil utama di ibu negara dan beberapa bandar raya di seluruh negara.

Thaipusam ialah perayaan yang disambut pada bulan ‘Thai’ iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil bagi memperingati peristiwa Dewi Parvati memberikan lembing suci kepada anak lelakinya Dewa Murugan.

Ia bagi menghapuskan kuasa jahat, Soorapadman dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.