Salah seorang daripada dua lelaki yang terjun ke dalam sungai kerana melarikan diri daripada serbuan polis ditemui mati di Kuala Selangor hari ini.

KUALA LUMPUR – Salah seorang daripada dua lelaki yang terjun ke dalam sungai kerana melarikan diri daripada serbuan polis ditemui mati di Kuala Selangor hari ini.

Menurut bomba, mangsa ditemui terapung oleh nelayan dan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Gerakan mencari diteruskan oleh bomba terhadap seorang lagi rakan mangsa yang dipercayai lemas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa yang ditemui ialah Muhammad Zilfazli Mohd Ali berusia 31 tahun manakala rakannya, Azariman Shah Kambari berusia 24 tahun masih belum ditemui.

Sebelum itu, pada 3 Februari lalu, pihaknya menerima panggilan ada dua lelaki berusia 31 dan 24 tahun telah terjun ke dalam sungai semasa serbuan polis di Taman Muara Esbee.- MalaysiaGazette