KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan susulan bencana gempa bumi di selatan Turki dan utara Syria.

Ketika ini jumlah korban di kawasan berkenaan melebihi 500 nyawa dan ia dijangka bertambah kerana ramai lagi dilaporkan terperangkap di bawah sisa runtuhan.

Keadaan salji dan cuaca buruk turut menyukarkan kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Sebagai tanda solidariti dan keprihatinan dengan dugaan mangsa di sana, MAPIM merayu sumbangan orang ramai.

Ia boleh dibuat menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM (Maybank 562263540066)

Sebagai makluman, MAPIM akan menggerakkan misi bantuan ke sana dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette