Pasukan penyelamat sedang mengesan mangsa gempa bumi yang terperangkap dalam bangunan. Foto Anadolu Agency

ANKARA – Sekurang-kurangnya 3,381 orang terbunuh dan 20,426 yang lain cedera di 10 wilayah Turkiye selepas dua gempa bumi kuat pada Isnin menggegarkan bahagian selatan negara itu.

Lebih 24,000 orang terlibat dalam operasi dan menyelamat.

Pngurus Besar Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), Orhan Tatar berkata, kawasan impak gempa meliputi kira-kira 110,000 kilometer persegi.

Ia melibatkan 13.5 juta rakyat telah terjejas secara langsung oleh gempa bumi itu.

Gegaran gempa bumi dengan 7.7 magnitud melanda daerah Pazarcik di wilayah Kahramanmaras pada awal pagi Isnin, sebelum kira-kira sembilan jam kemudian, gempa 7.6 magnitud yang berpusat di daerah Elbistan di Kahramanmaras menggegarkan wilayah itu, menjejaskan beberapa wilayah lain, termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay , Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

Gempa bumi turut dirasai di beberapa negara di rantau itu, termasuk Lubnan dan Syria.

Turkiye mengisytiharkan tujuh hari berkabung negara selepas gempa bumi terburuk itu sejak gempa bumi Erzincan pada tahun 1939. – Agensi