KUALA LUMPUR – Mayat bayi perempuan dipercayai baru lahir ditemui di tempat pembuangan sampah berhadapan dengan Rumah Kebajikan Taman Equine Seri Kembangan, semalam.
Mayat bayi berkenaan ditemui dalam kotak sampah oleh pekerja pengutip sampah pada 9.30 pagi.
Ibu Pejabat Balai Polis Daerah (IPD) Serdang dalam kenyataannya berkata, mayat bayi berkenaan dihantar ke hospital berdekatan untuk bedah siasat.
Dalam pada itu, polis mengalu-alukan sebarang maklumat lanjut mengenai kelahiran bayu tersebut.- MalaysiaGazette