KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 di negara ini bertambah 175 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,999,538.
Manakala satu kes kematian semalam.
Malaysia merekodkan 36,944 kes kematian Covid-19 sejak Mac 2020.
Data KKMNOW menunjukkan kes aktif sebanyak 10,053 dengan 9,659 menjalani kuarantin di rumah.
Jumlah yang ditempatkan di hospital sebanyak 388 dengan enam di unit rawatan rapi termasuk lima kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette