KUALA LUMPUR – Tiada calon bukan Melayu yang menang atas tiket Perikatan Nasional (PN) di Semenanjung pada pilihan raya umum lalu menyebabkan tidak ada wakil kumpulan tersebut dalam jawatankuasa portfolio gabungan parti itu.
Meskipun begitu, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata, terdapat wakil bukan Melayu dari Borneo.
“Jadi apabila dikatakan tiada wakil bukan Melayu, jawapannya ialah tiada wakil bukan Melayu yang menang atas tiket Perikatan Nasional di Semenanjung. Kebanyakannya yang menang atas tiket Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
“Dan perlu diingatkan bahawa Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Ali anak Biju juga ada mengetuai jawatakuasa portfolio dan mereka berdua bukan Melayu. Atau yang dimaksudkan ‘bukan Melayu’ itu perlu berbangsa Cina atau India?”
“Begitu jugalah jika dikatakan kurang penglibatan wanita dan wakil Sabah Sarawak, jawapannya ialah berapa ramaikah wanita yang menang atas tiket Perikatan Nasional dan berapa ramaikan wakil Sabah Sarawak yang menang atas tiket Perikatan Nasional?” soal beliau.
Ketua Pemuda Pas berkenaan mengulas kenyataan seorang penganalisis yang berpendapat Kabinet Bayangan PN dilihat sebagai tidak cukup sifat dan separuh masak kerana tidak melibatkan wakil kaum bukan Melayu.
Penganalisis Politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub turut berkata, penglibatan wakil dari Sabah dan Sarawak disifatkan sangat kurang, selain hanya melantik tiga wanita menyertai barisan kabinet bayangan itu.
Sementara itu Ahmad Fadhli menegaskan, PN tidak pernah menamakan jawatankuasa itu sebagai kabinet bayangan.
Sebaliknya, ia adalah Jawatankuasa Portfolio yang diberikan tugas memantau prestasi dan isu kementerian-kementerian dalam kerajaan dan membawanya ke dalam perbahasan di Dewan Rakyat agar tiada isu yang terlepas pandang,
“Jadi, respons saya ialah bukan ‘kabinet bayangan’ itu yang tidak cukup sifat dan separuh masak, tetapi komen penganalisis ini yang agak kurang tepat,” tegasnya.- MalaysiaGazette
Penganalisis politics dari UM ni kekurangan TELOR kot untuk dimakan, tu pasal fikiran pun macam TELOR separuh masak..
Tak dak sape yg paksa hang baca pandangan depa ni. Hang panas pasai pa?