@malaysiagazette

“Ramai orang Islam dilihat tidak lagi memelihara batas-batas hukum agama, jadi pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.” – Mufti Pulau Pinang #malaysiagazette #mgnews #perarakankuil #muftipulaupinang #penang #umatislam

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

GEORGE TOWN – Orang Islam terutamanya genarasi baharu dilihat semakin tidak sensitif dengan perkara yang boleh merosakkan iman serta akidah mereka.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu video tular menunjukkan sekumpulan Muslim termasuk kanak-kanak berarak bersama pedati membawa  dengan menyorak perkataan ‘vel-vel’.

Video tular berdurasi 45 saat itu didakwa berlaku di Pulau Pinang namun tiada sebarang pengesahan daripada pihak berwajib mengenainya setakat ini.

Wan Salim.

Menurut Wan Salim, umat Islam dilarang (haram) menyertai aktiviti yang berkait dengan upacara keagamaan orang bukan Islam kerana dibimbangi perbuatan sedemikian boleh merosak keimanan mereka kepada agama Islam.

“Ramai orang Islam dilihat tidak lagi memelihara batas-batas hukum agama, jadi pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.

“Selain itu, ibu bapa, pendidik dan pimpinan masyarakat juga perlu memainkan peranan menjelaskan kepada generasi baharu umat Islam tentang hukum haram bagi kita menyertai upacara keagamaan atau ritual agama lain,” katanya hari ini.

Tambah beliau, pihaknya bimbang orang Muslim tersalah dalam memahami konsep toleransi beragama.

Kanak-kanak turut dilihat menyertai perarakan tersebut.

“Toleransi bermaksud rakyat Malaysia hendaklah menghormati kesemua agama yang dianut oleh kaum- kaum di negara ini.

“Bagi Islam pula, toleransi beragama digalakkan tetapi penyertataan umat Islam dalam upcara keagamaan bukan Islam adalah haram, bahkan dibimbangi boleh merosakkan akidah seorsng Muslim,” kata beliau. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Allah menjadikan sesuatu itu halal mereka mengharamkannya, juga sebaliknya Allah menjadikan sesuatu itu haram mereka menghalalkannya, itu syirik namanya! Seperti perkahwinan bawah umur? Siapa yang mengharamkannya?

    Pohon pencerahan.

  2. BILA PM NAJIB RAZAK BERSAMA MERAIKAN KELING HINDU DI BATU CAVES SETIAP TAHUN,,,tiada agamawan yang melarang atau NAJIB PEKAK BADAK

Comments are closed.