Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Negara, Tunku Abdul Aziz Ibrahim menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi.

Tunku Aziz berusia 89 tahun.

Perkara itu disahkan anak saudaranya, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin dalam hantaran di Instagram sebentar tadi. 

Untuk makluman, Tunku Aziz menyertai DAP pada tahun 2008 dan pernah menjawat jawatan Naib Pengerusi DAP setahun selepas itu.

Susulan itu pada Julai 2009, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang pertama daripada DAP.

Bagaimanapun beliau bertindak keluar DAP kerana tidak lagi sehaluan sebelum menjadi seorang pengkritik parti itu.

Selain itu, beliau juga aktif dalam usaha menentang rasuah melalui penglibatannya dalam penubuhan Transparency International Malaysia pada tahun 1998 selain menyandang jawatan Naib Presiden itu hingga tahun 2002.

Tunku Abdul Aziz juga pernah menjadi penasihat khas kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangaa Bersatu, Kofi Annan di New York antara tahun 2006 hingga 2007. – MalaysiaGazette