Recep Tayyip Erdogan

ANKARA – Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Selasa mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah yang dilanda gempa bumi besar, lapor Xinhua.

Keputusan itu diambil bagi memastikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta kajian selepas bencana dapat dijalankan dengan cepat, katanya pada sidang media.

Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda selatan Türkiye pada Isnin telah meningkat kepada 3,549, kata Erdogan.

Sebanyak 53,317 anggota mencari dan menyelamat serta kakitangan sokongan kini menjalankan usaha SAR di zon berkenaan, menurut presiden.

Mangsa korban dilaporkan dari wilayah selatan Kahramanmaras, Adana, Adıyaman, Osmaniye, Hatay, Kilis dan Malatya dan tenggara Sanliurfa, Diyarbakir, dan Gaziantep, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Erdogan pada Isnin turut mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari susulan kejadian gempa bumi dahsyat itu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast