Bot yang dikendalikan  seorang tekong dan empat orang kru,   didapati melakukan kesalahan menunda kurang 2 batu nautika dari pesisir pantai dalam kejadian tengahari semalam.

MERSING – Seorang tekong dan empat kru warga tempatan ditahan bersama 500 kilogram hasil laut semalam kerana melakukan kesalahan menunda kurang 2 batu nautika dari pesisir pantai.

Pengarah Zon Maritim, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, penahanan itu dibuat oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam rondaan Op Jaksa ketika bot nelayan tempatan tersebut sedang melakukan aktiviti perikanan pada kedudukan 1.6 batu nautika timur pantai Tanjung Resang, pada jam 12 tengahari.

Mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 41 tahun.

“Kesemua bot serta kru ditahan bersama 500 kilogram hasil laut sebelum dibawa ke jeti Maritim Malaysia Teluk Gading untuk diserahkan kepada kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia,” katanya dalam kenyataan media hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast