Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) beramah mesra bersama sebahagian pelajar selepas Majlis Perasmian Penyerahan Trak KafeTeen ‘Outreach’ #AmbilTahuBagiTahu di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 10 FEBRUARI 2023.

PUTRAJAYA – Seramai 850,000 remaja mengambil bahagian dalam Program Pendidikan dan Pembangunan Kemahiran (PPK), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurut beliau, daripada jumlah itu seramai 38,000 remaja mendapat manfaat  menerusi Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif.

Manakala 20,000 orang pula mendapat perkhidmatan Kaunseling Sosial di Pusat Remaja KafeTEEN.

Kita merasa jumlah ini seharusnya diperkembang lagi dan ini juga beri peluang kepada remaja menjalankan pelbagai aktiviti bersama NGO menjalankan aktiviti sihat.

Apa yang kita mahu adalah remaja  terlibat dalam aktiviti sihat kerana kita nak lihat remaja mengamalkan nilai murni, positif dan lain-lain,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Penyerahan Trak Kafeteen Outreach #AMBILTAHUBAGITAHU di Kompleks Kejiranan Presint 16 hari ini.

Menurut Nancy, sehingga kini, sebanyak 18 buah Pusat Remaja KafeTEEN ditubuhkan di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, masing-masing lapan buah berada di premis LPPKN dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan dua lagi di Pusat Transit KafeTEEN,” ujarnya.

Jelas Nancy, KafeTEEN yang ditubuhkan sejak 2006 kini diperluaskan skop aktiviti dan perkhidmatannya termasuk interaktif yang membantu remaja mengisi masa mereka dalam masa yang sama meningkatkan ilmu pengetahuan, jati diti dan kebolehan dalam pelbagai aspek.

Antara aktivit yang dilaksanakan adalah Teen Talk / Teen Chat; kaunseling remaja, Busker Sahabat KafeTEEN dan Roger Cafe, katanya.

Sementara itu, Nancy turut mengumumkan perluasan Kempen “Jangan Malu Ambil Tahu, Jangan Malu Bagi Tahu”.-MalaysiaGazette