oster Mechamato Movie. Foto Facebook Nizam Abd Razak (Penerbit Mechamato)

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan tahniah kepada Animonsta Studios (Monsta) atas kejayaan siri animasi Mechamato terbitannya memenangi kategori Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.

Dalam hantaran di Facebook, Fahmi berkata, animasi Mechamato mengharumkan nama Malaysia dengan mencatat sejarah sebagai animasi luar Jepun pertama yang berjaya menang anugerah berkenaan.

“Mechamato harumkan nama Malaysia dengan mencatat sejarah animasi luar Jepun pertama yang berjaya menang anugerah ini, wajar menjadi inspirasi buat pemain-pemain industri animasi tempatan.

“Kerajaan akan sentiasa menyokong usaha-usaha industri terutamanya dalam menghasilkan karya berkualiti tanpa mengetepikan nilai tempatan,” katanya.

Kemenangan Mechamato diumumkan menerusi laman rasmi TAAF semalam sekali gus berjaya menewaskan animasi hebat yang lain lain seperti TIGER & BUNNY 2 Part 1 dan Dragon Ball Super: Super Hero. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast