zaid ibrahim pendakwaan terpilih
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan melantik Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Duta Besar Malaysia Amerika Syarikat (AS) dibidas Datuk Zaid Ibrahim.

Namun bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak hairan dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu sebagai duta.

“(Datuk Seri) Nazri Duta ke AS, tidak menghairankan tetapi tiada nilai tambah,” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan Nazri sebagai Duta Besar Malaysia ke AS dalam satu majis yang pengkurniaan watikah pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, Nazri yang juga graduan Lincoln’s Inn di United Kingdom dipilih kerana pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.

Mengulas lanjut, Zaid berpandangan, Anwar akan melantik veteran DAP, Lim Kit Siang bagi mengisi jawatan berkenaan berbanding Nazri.

“Saya fikir Anwar akan memberi pengiktirafan kepada Kit Siang dan sebaliknya menghantarnya. 30 tahun kesetiaan harus dikira perhatian,” katanya lagi.

Nazri yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selama 28 tahun itu berpengalaman mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dari 1999 hingga 2004, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) (2004 hingga 2013) serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (2013 hingga 2018).

Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Selain Nazri, turut menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin dan Duta Besar Malaysia ke Republik Filipina, Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Holy See, Hendy Anak Assan; Duta Besar Malaysia ke Sweden, Hafizah Abdullah; Duta Besar Malaysia ke Brazil, Gloria Corina Anak Peter Tiwet dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya, Ruzaimi Mohamad.

Selain itu, Duta Besar Malaysia ke Republik Czech, Suzilah Mohd Sidek, Duta Besar Malaysia ke Timor Leste, Amarjit Singh Sarjit Singh dan Duta Besar Malaysia ke Kuwait, ‘Alauddin Mohd Nor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast