Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyaksikan penyerahan bantuan oleh MAIWP oleh Dr Mohd Na'im Mokhtar kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid Istana Bukit Serene di sini hari ini.

JOHOR BAHRU- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyerahkan bantuan tunai berjumlah RM1 juta kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Johor.

Replika cek disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

Majlis penyerahan sumbangan disaksikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini.

Selain bantuan kewangan, MAIWP turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM511,000 untuk barangan keperluan, peralatan kelengkapan persekolahan dan peralatan pembersihan melalui Program MAIWP-Insani Misi Bantuan Banjir Johor.

Penyerahan sumbangan itu disampaikan di  Batu Pahat dan Kluang diikuti beberapa lokasi lain terjejas banjir.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Datuk Azmi Rohani, Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Penasihat MAINJ, Datuk Dr Nooh Gadut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast