Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bercakap pada sidang media selepas menghadiri Bengkel Halatuju Strategik KKDW di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi mengesahkan pelantikan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dibuat oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri kesembilan.

Ia sekaligus menafikan nama bekas Ahli Parlimen Padang Rengas yang juga bekas menteri Kabinet itu dicadangkan oleh UMNO.

“PM Kesembilan (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang mencadangkan nama Nazri. Ia daripada kerajaan,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri rumusan bengkel dan hala tuju strategik Kementerian Pembangunan Desa Dan Wilayah (KKWD), di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bercakap pada sidang media selepas menghadiri Bengkel Halatuju Strategik KKDW di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 FEBRUARI 2023.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan Mohamed Nazri disahkan awal tahun lalu dan ia mengambil masa enam bulan untuk AS mengesahkannya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menambah, Mohamed Nazri diberi tanggungjawab memperkukuh hubungan perniagaan-kepada-perniagaan (B2B), pembiayaan antara rakan setara (P2P) dan hubungan antara kerajaan (G2G) kedua-dua negara.

Selain itu, kata beliau, Mohamed Nazri turut ditugaskan untuk mengatur pertemuan penting antara Anwar dengan pemimpin kerajaan AS dan pemain korporat utama apabila Perdana Menteri melawat negara itu nanti.

“Kerajaan telah buat keputusan dan Perdana Menteri telah putus Datuk Seri Nazri Aziz menjadi duta. Beliau adalah personaliti yang sesuai menjadi top diplomat di Amerika Syarikat.

“Kita pernah sebelum ini, memiliki duta seperti Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang dapat jalin hubungn rapat Malaysia dan AS.

“Saya percaya Anwar akan melawat AS, dan saya percaya Nazri mampu mengurus dan mengatur mesyuarat penting antara Anwar dan pemimpin utama kerajaan AS serta ketua korporat AS serta Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM),” kata. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast