Jet pejuang US F-22 digunakan untuk menembak jatuh objek terbang yang ditemui di ruang udara AS yang disyaki milik China.

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh satu lagi objek terbang yang tidak dikenali di atas wilayahnya dalam kejadian keempat dalam bulan ini.

Presiden Joe Biden mengarahkan ia ditembak jatuh ketika ia menghampiri Tasik Huron, dekat dengan sempadan Kanada.

Washington berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak tenteranya memusnahkan belon yang disyaki pengintip China pada 4 Februari lalu.

Belon itu telah dikesan merentasi benua AS sebelum ia ditembak jatuh di luar pantai Carolina Selatan.

Pasukan keselamatan telah menemui beberapa serpihannya di lautan dan mengesahkan ia belon dari China dan digunakan untuk pengawasan.

Namun China menafikannya belon itu digunakan untuk mengintip, sebaliknya ia adalah alat pemantauan cuaca yang sesat ketika ia diterbangkan.

Sejak kejadian awal itu, jet pejuang Amerika telah menembak jatuh tiga lagi objek altitud tinggi dalam beberapa hari.

Pada hari Jumaat, Presiden Biden mengarahkan objek ditembak jatuh di ruang udara Alaska dan pada hari Sabtu objek serupa ditembak jatuh di atas Yukon di barat laut Kanada.

Setakat ini AS belum mengesahkan asal-usul objek berkenaan.

Tetapi AS dan Kanada masih berusaha untuk memperoleh saki-baki objek berkenaan tetapi pencarian di Alaska telah dihalang oleh keadaan Artik.

“Objek-objek ini tidak hampir menyerupai dan jauh lebih kecil daripada belon [4 Februari] dan kami tidak akan mencirikannya secara muktamad sehingga kami dapat memulihkan serpihan itu,” kata jurucakap Keselamatan Negara White House. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast