Azmi Mohd Tahir

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) meminta kerajaan bersimpati kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini merayu seperti pengemis.

Presiden PGIRM Azmi Mohd Tahir berkata, pencarum berkenaan tidak lagi memikirkan maruah kerana amat memerlukan wang berkenaan demi kelangsungan hidup pada hari ini.

“Tolong Datuk Seri Anwar Ibrahim ada rasa sedikit empati terhadap rakyat yang merayu seperti pengemis!

“Mereka ini ada maruah tetapi keadaan sangat tertekan, maruah diketepikan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Azmi, pencarum terbabit juga sanggup mengambil gambar di hadapan pejabat KWSP bagi menunjukkan bahawa mereka amat memerlukan wang simpanan tersebut.

Azmi berharap kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar sebelum sesi Persekolahan 2023/2024 dibuka.

“Rakyat sangat terdesak dan tertekan sanggup bergambar di hadapan cawangan KWSP di negeri masing-masing demi untuk menzahirkan kesusahan dan kesungguhan.

“Serta untuk membuktikan bahawa pencarum bukan suka-suka buat perkara luar jangka, ini semua disebabkan oleh kehidupan mereka benar-benar terkesan!

“Sanggupkah Kerajaan Perpaduan yang memerintah melihat keadaan ini di negara Malaysia yang tercinta! Pencarum sanggup lakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup keluarga. Mereka sudah tidak pedulikan lagi apa masyarakat lain kata,” kata Azmi.

Sebelum ini pertubuhan bukan kerajaan itu mendakwa telah menerima aduan seramai 320,000 pencarum KWSP yang terkesan.

Perdana Menteri empat hari lalu berkata, Kerajaan sedang mencari jalan yang lebih sesuai bagi mengurangkan beban rakyat tanpa mengeluarkan simpanan KWSP.

Anwar menegaskan, simpanan KWSP adalah perkara yang penting bagi mengelakkan rakyat ditimpa kesusahan apabila tiba masa bersara kelak.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pula berkata, rakyat perlu berhati-hati dalam pengeluaran KWSP walaupun beliau faham ia dapat membantu sesetengah keluarga atau golongan buat masa sekarang.

Namun kos yang perlu dibayar oleh mereka di kemudian hari adalah tinggi.

Menurut Rafizi, Kerajaan akan mengumumkan beberapa perkara di dalam Belanjawan 2023 bagi membantu golongan B40 terutamanya untuk menjana pendapatan tambahan tanpa perlu membuat pengeluaran KWSP.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

20 Komen

  1. Sebelum jadi PM bukan main lagi kata nak bela nasib rakyat…skrg da jadi PM MCM2 alasan nak buat…Lau nak bagi bantuan semua bole dapat Ker tlgla fikir…gaji org kerajaan DPT pun hasil cukai dari sektor swasta gak kan…knpa ssh sgat nak luluskn…org yg bergaji besar mereka tak kisah tapi kami sgt3 memerlukan …soal persaraan kami pd ms hdpn knpa nak dirisaukan tu kan tanggungjawab kami sendiri

  2. Mohon pihak kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP pencarum. Kami sungguh terdesak dgn kos sara hidup yg tinggi. Mohon diluluskan pengeluaran kwsp…

  3. knp susah sgt nak bagi keluarkan duit sendiri KWSP? yg nak dibantu B40… macamana dgn golongan M40 yg minggu pertama gaji Dan minggu kedua dah jadi B40?

  4. semoga PMX dpat mmbenarkan kwsp brsasar kpd kami tuk kali terakhir..,skrg musim anak-anak kembali ke sekolah dan bnyak yg perlu ibubapa bayar..apatah lagi di sarawak..,kami masih belum dapat harga barang yg turun secara stabil
    .telur masih lagi harga rm19.90..dan beras pun begitu..kami sbgai rakyat ,amat merayu agar mmbuat pngeluaran kali terakhir tuk mnyelesaikan msalah kami yg kian tersempit..agar kami rakyat tahu..inilah Negara Perpaduan dan Juga Malaysia Madani,trima kasih.

  5. kerajaan anwar tidak akan peduli suara anda…anwar kini sibuk menaikan imejnya termasuk tidak terima gaji sebagai Pm..pencarum tidak peduli semua lakonan itu..hidup mereka terdesak

  6. “kami golongan m40 yang amat terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang,,bantuan dari kerajaan memang jauh sekali untuk dapat..ya betul pendapatan m40 memang melebihi paras 5k keatas,tetapi itu cuma diatas kertas LHDN,,itu pun bayak yang telah kami diclair untuk dan telah disenaraikan apa komitmen yang kami patut bayar setiap bulan.Dan ditambah lagi dengan keadaan syarikat yang pendapatan tak menentu.Dengan pengurangan elaun,kakitangan,dan apa selagi yang boleh syarikat kurangkan di tempat kami bekerja.

  7. TOLONG LAAAA KERAJAAN PERPADUAN WEHHHH..
    RAKYAT DAH MEMILIH ANDA & ANGKATAN ANDA UTK TERAJU KERAJAAN, SO BAGI APA YG RAKYAT MOHON WALHAL ITU ADALAH HAK RAKYAT.
    SOAL HARI TUA @ PENCEN ITU BUKAN URUSAN RAKYAT @ ANDA SEBAB KITA PERCAYA KPD TAKDIR QADA & QADAR..
    JANGAN KITA AMBIK KERJA TUHAN.. KITA TIDAK TAHU APA JADI DI MASA DEPAN..

  8. Ingatlah wahai penyelia malaysia,kebanyakan yang memerlukan pengeluaran bukanlah lawan anda, malah tidak mampu walau sedikitpun untuk melawan anda dari segi wang ringgit dan janganlah anda berfikiran yang kami adalah lawan anda, diharap anda tidak menghukum dengan sengaja mempersendakan keperluan untuk penyelesaian perkara begitu penting buat institusi keluarga pemohon kerana ganjaran baik atau buruk anda adalah pasti cuma tika dan waktu sahaja beda.

  9. Dlm perkara ini kerajaan seharusnya lebih telus pd rakyat yg memerlukan sngt pngluaran KWSP BERSASAR. Kami rakyat Malaysia semua menghormati lg undang undang yg ada dan jiwa kami semua bukan tergadak sikit nak memberontak . Tapi dgn keadaan skrg yg memaksa warga pencarum yang terkesan sngt mgharapkqn KWSP BERSASAR diluluskan oleh kerajaan DSAI. Dan kami pencarum KWSP jgk berharap YDPA jgk dpt membantu sama tuk warga pencarum yg memerlukan sngt pngluaran ini. YDPA seharusnya, jgk berhati berjiwa rakyat DPT mdngr kesusahan keluhan rakyat jelata dan dpt Menasihati DSAI meluluskan pengeluaran KWSP BERSASAR diluluskan tuk warga pencarum.
    #YDPA
    #kwspbersasar
    #dsai

  10. Jangan biarkan rakyat memikirkan semula parti politik lain yang selama ini menyokong anda. Usah rosakkan sokongan hanya perkara kecil tetapi besar maknanya iaitu withdrawal kwsp. Mungkin boleh jadi dgn isu ini PH akan kalah. Dah elok2 terbaik jadikan isu hangat.

  11. kos sara hidup meninggi. kerja dengan gaji juga tidak setimpal.. kenapa kerajaan susah sangat nak luluskan KWSP.. sedangkan itu hak rakyat itu duit rakyat yang di carum. bukan duit kerajaan.. itu semua hasil duit titik peluh rakyat.. orang² Kayangan boleh cakap sebab banyak duit . tapi fikir lah x semua rakyat Malaysia ni yg hidup mewah boleh makan daging ayam setiap hari.. malahan nak beli perbelanjaan seharian pun kadang x cukup makan..

  12. Betoi tu ni sampai mintak simpati pon depa tak bagi bawak kluaq….rakyat la ni tak dak duit…paham la sama…sampai merayu macam nak minta sedekah la pulak camni…memang la duit kwsp tu simpanan hari tua,tapi sampai nak teruskan hidup pon susah apa cerita nie….yang depa tau nak bagi kelonggaran pinjaman kat rakyat yang terkesan…kami bukan nak pinjaman dari mana bank atau kerajaan ka…kami nak duit kwsp tu..nak cerita cam mana lagi tak tau bagi depa ni paham….

  13. rakyat perlu kn duit dlm kuantiti seketul contoh rm5k @10k untuk menstabilkan hidup yg trjejas .contoh tunggakan rumah 3 bulan.@contoh loan2 lain yg tertunggak akibat covid yg tak terlibat dengan skim moratorium.contoh ELK bank.
    kerajaan nk bantu ?? takat rm500 cth..beli belanja dapor blh lah…hutang tertunggak macammana??bodoh punya menteri.harap sek.jew yg 3 tingkat.

  14. kesianlah gunalah hati nurani lebih ckt lau yg gaji rm 2k camna nk kambus hutang tertunggak?? korang gaji puluh k sembang kari blh la.
    blm lg kes yg kehilangan ker & mengganggur.tapi tertunggak hutang kibat covid..persoalan nya rakyat perlukan duit seketul yg berkuantiti 2 3 4 bln punya pendapatan.supaya kewangan keluarga kembali stabil seperti sediakala.
    jelas ke tidak wahai ahli cerdik pandai (katanya)(kononnya).faham lah wahai yg terbabit x kiralh menteri ke @ pak menteri.

  15. Kami betul betul susah dan perlu pengeluaran KWSP,.1.Rumah yg pernah dilanda banjir pd 2021,,Bantuan kerajaan negeri Selangor hanya dpt Rm1k shj,.Bantuan kerajaan persekutuan dpt 1.5k,.Bantuan Rm2.5k dpt.Saya baru bekerja tempat baru.Syarikat lama tutup,.Saya pencarum KWSP aktif,Isteri tidak bekerja lagi kerana Syarikat tersebut tutup sebab Convid 19,.Saya menyara anak 9org dengan saya seorang shj yg bekerja.Harap faham laa & saya mohon dpt laa pengeluaran KWSP yg terakhir ini,TQ.

  16. Kami bukan sesuka Hati nak keluarka. Kwsp. Kami Tahu ITU simpanan utk Hari Tua Kami. Tapi Kami amat memerlukan..
    Memandangkan persekolahan akan dibuka pertengahan Mac, bertembung puasa Dan Raya. segala persiapan Kami memerlukan duit.
    Utk Tadika saja yuran pendaftaran utk seorang anak dah RM1500++. Belum termasuk uniform, yuran bulanan. kalau 2-3 orang yg hantar ke Nursery, transit….utk yg baru nak masuk sekolah Tahun satu segala persiapan nak dibuka…baju,kasut,beg., pakaian utk sekolah agama lagi itupun paling kurang kena Ada 2 set .
    persiapan Raya…baju anak2, Barang keperluan utk Raya….tolong fikirkan. Takkan Kami nak harap Bantuan kerajaan sempat, sedangkan Kami Banyak komitmen yg lain. tolong pertimbangkan.
    Kami pendapatan bukan Banyak…dapat gaji Banyak benda nak kena bayar rumah, kereta, Barang dapur,pampers anak,susu….

  17. Kami nak keluarkan KWSP suami saya dah x kerja , saya berniaga pendapatan x mcm dulu …Barang2 mentah terlalu Mahal sangat …, Nk jual Mahal pun x boleh semua org susah.., klu keluarkan KWSP boleh la kami bayar hutang rumah…, Kereta sekarang saya x tahu bila kami akan di halau keluar

  18. kerajaan wajib pertimbang rasa & berfikir kesusahan rakyat…. beri kebenaran pengeluaran kwsp itu adalah hak rakyat demi kelangsungan kehidupan hari²… jika nak ramai lagi rakyat menyimpan duit didalam kwsp , buka lebih banyak peluang perkerjaan untuk semua rakyat… mereka yang ingin sangat² mengeluarkan kwsp milik masing² bersebab… rakyat cuma minta difahami bukan memahami… biarlah ada berapa ribu sekalipun duit simpanan kwsp rakyat yang penting mereka dapat keluarkan…. boleh juga dapat bayar hutang² , bayar yuran sekolah anak² & macam² lagi….

  19. bantuan kerajaan hanya,tertumpu pada b40…macam mana kami yang m40 ke atas..pun mengalami masalah kewangan..

Comments are closed.