Badan Peguam Negara
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy didakwa mahu dilihat sebagai pemimpin India yang relevan.

Disebabkan itu, beliau mahu mainkan semua isu, walaupun keadaan politik negara sudah berubah, dakwa Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

“Semua (isu) ‘dirasiskan. Dia bekas ahli akademik.

”Tetapi bila masuk politik dia jadi politikus lebih teruk dari tikus. Tikus pembawa virus bahaya,” kata beliau lagi.

Menurut Puad. antara Ramasamy dan Anthony Loke, bagaikan langit dengan bumi.

Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mendakwa Ramasamy  ketinggalan dan memalukan dunia akademik.

Ramasamy terus dikritik selepas menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu .

Katanya, hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina, tidak lagi terpakai.

Ini kerana, dakwa beliau, dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menginstitusikan hegemoni Melayu dalam sektor awam, khususnya perkhidmatan awam.

Ramasamy turut mendakwa terdapat juga diskriminasi kaum secara rahsia apabila ia berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam. – MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. Tiba masanya ikhtiraf hak asasi warganegara adalah daripada negara-negara asal mereka masing-masing tanpa diberi hak warganegara tempatan walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit bayar cukai yang memperkayakan pribumi contoh pragmatic di negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait amat disukai oleh majority bukan pribumi politikus Pak Pandir ooii!

  2. kenapa FUAD terus melenting dan marah2 pada DAPIGS….bukankah UMNO khianat dan jadi MUNAFIK …NO DAP NO ANWAR
    fuad TIDAK PERLU NAK TUNJUK HERO….kami ingat apa yang kamu buat
    sekarang DAPIGS menjuburi UMNO dan UMNO menjuburi DAPIGS….ZAHID MUNAFIK dan sekutunya sudah IKTIRAF DAPIGS kawan paling setia dan baik

    HILANGLAH DAKWAAN 10 SEBAB UMNO menentang DAP seperti yang disalak ASRAF WAJDI yang HILANG TELOR sekarang

Comments are closed.