Rakaman kelibat suspek ketika memasuki ichigan State University sebelum melepaskan tembakan. foto Twitter

MICHIGAN – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di Michigan State University, kata polis.

Selain ketiga-tiga mangsa itu, suspek juga disahkan meninggal dunia akibat daripada tembakan yang dilakukannya.

Manakala lima orang lagi cedera dalam serangan di kampus utama di bandar East Lansing, lewat hari Isnin.

Polis menyifatkan suspek sebagai “lelaki kulit hitam, bertubuh pendek”.

Suspek yang berusia 40-an itu tiada kaitan dengan universiti berkenaan.

Dalam gambar yang dikeluarkan sebelum ini, suspek didapati memasuki kampus dengan memakai jaket denim, topi besbol tentera laut.

Tembakan bermula sejurus jam 8 malam.

Motif penyerang tidak diketahui.

Sejurus kejadian ini, semua aktiviti kampus telah dibatalkan sekurang-kurangnya 48 jam. – Agensi