KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 terus bertambah sebanyak 168 semalam, menjadikan kes terkumpul sebanyak 5,001,002.
Angka kematian turut meningkat satu kes lagi.
Malaysia merekodkan 36,952 kes kematian akibat Covid-19 sejak Mac 2020.
Kes aktif pula sebanyak 9,310 termasuk 8,978 menjalani kuarantin di rumah.
Data KKMNOW menunjukkan 321 orang lagi dirawat di hospital termasuk 11 ditempatkan di unit rawatan rapi.
Daripada jumlah itu, enam kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh pula sebanyak 254. – MalaysiaGazette