Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini diberitahu kerajaan tidak akan menyekat mahu pun menutup mana-mana akaun media sosial di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil berkata, pihaknya telah mengadakan sesi libat urus dengan pengguna dan juga pengendali media sosial terbabit kerana sekatan disebabkan isi kandungan dan bukan pengguna media sosial terbabit.

“Setakat hari ini, KKD tidak ada memohon untuk mana-mana akaun ditutup atau dikekang tapi lebih kerana konten yang dimuatnaik,” katanya ketika menjawab soalan lisan Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Fahmi berkata demikian menjawab soalan tambahan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) yang ingin tahu samada kerajaan akan mengambil pendekatan untuk memadam akaun tertentu di media sosial.

Fahmi berkata, sepanjang Januari 2022 hingga 30 Januari tahun ini, sebanyak 197 kandungan telah diturunkan di pelbagai platform media sosial.

Sejumlahj 101 daripada jumlah itu adalah daripada aplikasi TikTok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast