Penyedia perkhidmatan digital MY E.G. Services Bhd (MYEG) akan memperkenalkan ujian saringan COVID-19 menggunakan persampelan air liur di rumah bermula 1 Mac ini.

KUALA LUMPUR – Kalangan pemilik kenderaan masih boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu seperti biasa menerusi saluran dalam kumpulan MY EG Services (MyEG), termasuk fleksibiliti tambahan melepaskan penerimaan salinan fizikal dokumen mereka.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, MyEG turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan berkaitan lesen memandu dan cukai jalan berkenaan tetap berjalan lancar dan tidak terjejas.

“Kumpulan ini kekal komited untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia dengan menyediakan platform dalam talian yang selamat serta selesa,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang MyEG www.myeg.com.my atau menghubungi talian (03)7801 8888 serta akaun media sosialnya bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Terdahulu, dagangan saham serta waran MyEG digantung dari 9 pagi hingga 10 pagi berikutan pengumuman berkaitan syarikat itu. – BERNAMA