Foto: FB Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

SEREMBAN – Hospital Tuanku Ja’afar, di sini, akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi menyiasat isu membabitkan dakwaan berlaku kecuaian oleh pihak hospital tersebut seperti yang tular di laman Facebook, hari ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaleha Md Noor berkata, jawatankuasa berkenaan terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan bagi meneliti dakwaan berkenaan dengan teliti.

“Kami memandang serius isu ini dan satu pertemuan dengan pengadu telah diadakan bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci.

“Kami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap pihak yang terbabit sepanjang proses siasatan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular catatan di Facebook seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan di Hospital Tuanku Ja’afar kerana mendakwa berlaku kecuaian ketika dia membawa anaknya yang mengalami kemalangan mendapatkan rawatan di hospital itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast