Mohd Hairi Md Shah (tiga dari kanan) ketika menghadiri Anugerah Penggredan Persatuan Sukan Negeri Johor 2023 di Johor Baharu, Johor.
JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Md Shah memberi jaminan dan peringatan bahawa kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap salah guna kuasa atau penyelewengan dana persatuan.
Katanya, tindakan keras akan diambil terhadap mereka yang menyalahguna kuasa atau menyeleweng dana persatuan.
“Selaku Exco saya amat menitik beratkan soal integriti dan ketelusuan pengurusan dana persatuan khususnya yang diperoleh daripada kerajaan Johor sendiri.
“Saya menyedari peruntukan yang disalurkan kadang kala tidak mencukukupi atas faktor kekangan kewangan kerajaan kita, tetapi jangan cuba mengambil kesempatan menyalah gunakan dana persatuan khususnya membabitkan kebajikan atlet-atlet.
“Saya menyarankan agat setiap persatuan sukan dihadapan saya ini supaya membuat audit persatuan bagi tahun 2023 dan menghantar semua kepada pihak MSNJ.
“Ini untuk memastikan ketelusan utus tadbir membabitkan dana persatuan,”katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Penggredan Persatuan Sukan Negeri Johor 2023, di sini, malam ini.
Kata Hairi, integriti bermula daripada Presiden sehingga kepada ahli dan ia harus dijaga dan bukan dipolitikkan.
Tambah beliau, pihaaknya akan memantau bukan sahaja pencapaian atlet tetapi juga dan beliau akan berhubung dengan Jabatan Pendaftaran Petubuhan (ROS) serta meminta MSNJ mengenalpasti persatuan di Johor yang tidak aktif supaya ditutup.
Menyentuh soal pencapaian sukan pada tahun lalu, Hairi berkata, terdapat enam persatuan sukan memperoleh Geran B dan C.
“Peningkatan dapat dilihat apabila tahun ini sebanyak 16 persatuan sukan layak peroleh Geran A,B dan C.
“Terdapat juga satu persatuan menerima Geran A bernilai RM100,000, manakala lima persatuan menerima Geran B dengan RM70,000 dan 10 persatuan menerima Geran C dengan wang RM50,000,”katanya. – MalaysiaGazette