PEKAN – Dua buah kenderaan rosak apabila bumbung dan beranda hadapan sebuah kuarters, di sini, tiba-tiba runtuh petang ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai enam pegawai dan anggota bomba ke lokasi sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Walau bagaimanapun insiden berkenaan tidak melibatkan kehilangan sebarang nyawa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, pihak bomba seterusnya membuat pemeriksaan di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan stabil.
Katanya, kerja pemindahan dokumen dan barang dikeluarkan oleh penghuni kuarters terbabit. – MalaysiaGazette