KUALA LUMPUR – Kelibat Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Menara Dato’ Onn, di sini, malam ini mencetuskan tanda tanya.
Tengku Zafrul yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Kota Raja tiba pada jam 8.07 malam kelihatan bergegas untuk ke ruangan mesyuarat.
Bagaimanapun, tidak dapat disahkan tujuan kehadirannya sama ada untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (UMNO) atau menyerahkan borang pencalonan pada malam ini.
Baru-baru ini Tengku Zafrul mengesahkan akan bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan parti Mac ini.
Terdahulu beberapa pemimpin parti tersebut turut kelihatan di Menara Dato’ Onn untuk menghadiri mesyuarat malam ini.
Antaranya adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Datuk Suraya Yaakob. – MalaysiaGazette
Ape masalahnyer? Tak nmpak pelik pun?