Dr Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Bekas setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bakal dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO.

Bercakap kepada MalaysiaGazette, sumber berkata, pelantikan tersebut akan diumumkan semasa mesyuarat kali pertama Majlis Ulama tersebut pada 27 Febuari nanti, di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

“Insya Allah akan diumumkan struktur pengurusan Majlis Ulama pada 27 Februari ini, pada jam 3 petang,” kata sumber itu lagi.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ada memaklumkan bahawa Khairuddin akan membantu Datuk Dasuki Ahmad yang akan mengetuai majlis itu namun tidak mengumumkan jawatan rasmi.

Mohd Khairuddin merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus yang menyertai UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Artikel berkaitan: Penubuhan Majlis Ulama perlu disegerakan – Zahid

Dusuki akan dibantu Khairuddin terajui Majlis Ulamak UMNO – Zahid

Penyertaan Khairuddin turut disahkan oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis Ulama UMNO ditubuhkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 baru-baru ini sebagai salah satu pembaharuan dalam parti.

Menurut Ahmad Zahid hubungan Ulama dan Umara’ yang merupakan elemen penting dalam memastikan urusan petadbiran negara sentiasa berpedoman, berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. – MalaysiaGazette