logo mahlamah

ALOR SETAR – Seorang pembantu tukang masak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sin,i hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian secara tidak sengaja majikannya pada 4 Februari lepas.

Azahari Hamid, 56, didakwa melakukan perbuatan gopoh hingga menyebabkan kematian Ishak Othman, 69, di belakang Restoran Cabai, Jalan Stadium, di sini, pada pukul 5.15 petang, 4 Februari lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mac untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasruna Anhar Nordien manakala tertuduh diwakili Peguam Pyara Singh. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast