Gambar hiasan

PULAU PINANG – Pemindahan takwim permulaan sekolah ke Januari dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2025 atau 2026.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, permulaan persekolahan pada Januari merupakan hala tuju yang dipersetujui Kementerian Pendidikan.

Katanya, Kementerian Pendidikan sedang berusaha ke arah itu, tetapi selama tiga tahun diperlukan untuk melakukan penyelarasan.

“Kami jangka dapat memulihkan tarikh permulaan persekolahan ke Januari pada 2025 atau 2026. Semestinya, kami berharap ia dapat dilakukan secepat mungkin,” katanya kepada Sinchew Daily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan pelbagai pihak termasuk universiti yang mahu Kementerian Pendidikan memulihkan tarikh permulaan persekolahan kepada Januari.

Hui Ying menjelaskan, Kementerian Pendidikan perlu memastikan setiap tahun persekolahan mempunyai sekurang-kurangnya 190 hari bersekolah.

“Oleh sebab itu, kami tidak boleh memindah tarikh permulaan sekolah ke Januari secara serta-merta kerana setiap tahun persekolahan harus mempunyai sekurang-kurangnya 19 hari bersekolah.

“Kami tidak boleh melakukannya dalam tempoh setahun, tetapi memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun,” katanya.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman rasmi apabila tarikh berkenaan ditetapkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast