Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang penganggur wanita kerugian sebanyak RM87,406.81 akibat terperdaya dengan tawaran kerja sambilan atas talian di Raub hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohd Yoosuf berkata, mangsa yang berusia 23 tahun ditipu setelah melihat satu iklan kerja sambilan di Aplikasi Xiahongshu, semalam.

Mangsa berminat dengan tawaran kerja tersebut iaitu menaikkan rating aplikasi permainan video di laman web daveyjonesshop.com setelah berbincang dalam talian bersama suspek

“Mangsa ditawarkan 1% keuntungan untuk setiap tugasan yang dilaksanakan. Kemudian mangsa telah membuat dua tugasan yang diberikan oleh suspek dan mendapatkan keuntungan sebanyak RM295.54.

“Dengan keuntungan tersebut, mangsa mula percaya dan telah membuat sembilan kali pindahan wang ke tiga akaun bank yang berlainan dengan meminjam wang daripada teman lelakinya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ramli menasihat masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu seperti latar belakang syarikat yang ditawarkan dengan membuat semakan nombor akaun yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my/  terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast