Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran bersama timbalannya, Datuk Seri Saravanan menyampaikan cek bantuan kepada penerima pada Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pendidikan MIED di High Convention Centre Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Isu jumlah pembahagian kaum dalam penjawat awam tidak boleh diselesaikan dalam satu malam.

Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran berkata, isu berkenaan tidak sewajarnya ditimbulkan sehingga menguriskan hati banyak pihak terutama orang Melayu.

Vigneswaran berkata, isu berkenaan sewajarnya ditangani secara berperingkat-peringkat dan mengambil masa.

“Sampai sekarang kita mengamalkan polemik politik, kalau ada juga pandangan yang harus dibuat ialah bagaimana nak atasi masalah ini supaya dalam sebuah masyarakat yang  majmuk kita ada majoriti kaum Melayu dan minoriti kaum lain, kita tidak mahu menguris hati sesiapa.

“Tapi masalah ini kena pastikan diselesaikan pada tahun-tahun akan datang secara sistematik supaya ia tidak mengurusi kaum lain khususnya Melayu,” kata Vigneswaran.

Beliau menegaskan dalam Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India yang dilancarkan pada Januari 2017 mengariskan sejumlah 7 peratus masyarakat India akan mengisi perkhidmatan awam.

Vigneswaran berkata, ketika pelan itu dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak tidak ada mana-mana pihak yang membantah jumlah tersebut.

“Bagaimana anda mahu menjayakannya? Anda pasti faham satu perkara yang sistem telah menetapkan peratusan kaum.

“Kita tidak mahu kerajaan kata ambil daripada orang Melayu, ambil daripada kaum ini. Tidak!

“Bila pelan induk masyarakat India dilancarkan oleh Datuk Seri Najib ia diterima oleh semua. Tiada sesiapa yang mengeluarkan kenyataan kesat kerana ia adalah permintaan munasabah,” kata Vigneswaran.

Beliau ditemui selepas menyampaikan cek menyampaikan bantuan pendidikan MIED kepada 518 pelajar pelbagai kaum berjumlah RM17.2 juta bagi tahun ini.

Vigneswaran diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy supaya reformasi perkhidmatan awam dilakukan sepertimana yang disarankan oleh Premier Sarawak Abang Johari Openg dan ahli kumpulan bekas pegawai kanan kerajaan (G25) Noor Farida Ariffin.

Mereka mendakwa perkhidmatan awam dipenuhi oleh satu kaum sahaja iaitu Melayu.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tiba masanya mengikhtiraf lagi menghormati hak asasi warganegara migran bukan pribumi adalah daripada negara-negara asal mereka masing-masing seperti contoh harmoni terbaik di negara-negara kecil bekas jajahan British juga macam Qatar, UAE, dan Kuwait amat disukai oleh majority migran bukan pribumi ada hak asasi warganegara daripada negara-negara asal mereka masing-masing tanpa diberi hak warganegara tempatan walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit bayar cukai yang memperkayakan pribumi Pak Arab tersebut yang bukan sebaliknya politikus Pak Pandir ooii!

Comments are closed.