Orozco. Foto Facebook Selangor FC.

KUALA LUMPUR – Pemain tengah dari Venezuela, Yohandry José Orozco Cujía diumumkan sebagai pemain import terakhir Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M musim 2023, bermula 24 Februari ini.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe berkata, pemain yang lebih dikenali dengan Orozco dan berusia 31 tahun itu dilihat mempunyai kelebihan yang dapat membantu menstabilkan pasukan pada musim ini.

“Pasukan sekarang dilihat memerlukan seorang jeneral pasukan. Saya berharap Orozco dapat memberikan corak permainan yang baik dan dapat menstabilkan di bahagian serangan pasukan.

“Kelebihan Orozco adalah beliau seorang yang memiliki kawalan bola yang sangat baik dan dalam masa yang sama mampu membantu rakan pasukannya untuk dapatkan jaringan gol.

“Beliau juga mampu menyempurnakan ‘set pieces’ dengan baik, saya harap kelebihannya akan terlihat di padang nanti,” katanya menerusi kenyataan dalam portal rasmi Selangor FC di sini.

Orozco adalah rekrut ketujuh dan terakhir yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Selangor FC memperkenalkan Ayron Del Valle, Ahmad Khuzaimi Piee, V Ruventhiran, Mohamad Faisal Abdul Halim, Noor Al-Rawabdeb dan Rauf Salifu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast