Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari beramah mesra bersama jemaah yang hadir selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Taman Putra Perdana, Sepang. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2023.

SEPANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menikmati sajian makan tengah hari bersama pengunjung  medan selera Taman Putra Perdana di sini.

Perdana Menteri yang tiba kira-kira pukul 12.30 tengah hari meluangkan masa 30 minit menjamu selera sebelum bergerak ke Masjid Putra Perdana di sini untuk menunaikan solat Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari hadir untuk menjamu selera sebelum menunaikan solat jumaat di Medan Selera Taman Putra Perdana, Sepang. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2023.

Turut menemani beliau, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sejurus itu, Anwar bersama lebih 2,000 jemaah mendengar khutbah bertajuk Israk Mikraj: Amanah dan Tanggungjawab Solat yang disampaikan imam masjid tersebut, Muhammad Syazwan Hilmi.

Selepas solat, Anwar beramah mesra dengan orang ramai yang ingin bersalaman dan mengambil gambar kenangan.

Sejak mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu, Anwar menjadikan Jumaat sebagai  hari menikmati makan tengahari di kedai dan warung bagi mendengar keluh kesah rakyat.

Sementara itu, Masjid Putra Perdana merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Sepang.

Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat sekitar Taman Putra Perdana, Taman Mas Sepang, Taman Putra Prima, Taman Meranti Jaya, Taman Meranti Permai, Taman Desiran Bayu dan Taman Tasik Puchong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast