Baby Shima.

KUANTAN –  Segelintir masyarakat terlalu mudah menilai dengan memberi kata hinaan, cacian sebelum mengetahui kebenaran apabila mengetahui penampilan artis dan pempengaruh popular, Baby Shima muncul di Kuantan.

Bagi Nor Ashima Ramli meskipun dikecam, beliau tidak putus semangat, sebaliknya bertekad untuk meneruskan tanggungjawab yang digalas bagi membuat yang terbaik pada persembahan yang akan dilakukan sempena sambutan Program Bandaraya Mesra Komuniti.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan masyarakat membantah kehadiran Baby Shima yang mempunyai 1.5 juta pengikut sebagai artis undangan sempena menyambut ulang tahun kedua sambutan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) yang jatuh pada hari Israk Mikraj disambut.

Namun siapa sangka figura kecil molek ini berjaya menarik perhatian hampir 2,000 pengunjung, di sini, dengan nyanyian berunsur nasyid ketuhanan serta makan sopan dan manis pada program sambutan itu.

“Ramai yang tidak sangka dan ramai buat andaian sendiri sebelum jalankan persembahan. Sepatutnya tengok dulu sebelum menilai sesorang, adakan persembahan dia sebegitu lebih-lebih  lagi hari ini merupakan Israk Mikraj?

“Orang hina kutuk, cakap macam-macam padahal tak tahu kita nak tampil bertudung macam ini? Sedangkan kita tak buat pun macam seperti disangka,” jelasnya.

Bagaimanapun beliau tetap menzahirkan kesyukuran kerana diundang, dan MBK memberi peluang kepadanya menjalankan tanggungjawab memeriahkan suasana di samping membantu mempromosikan lokasi pelancongan di sini.

“Hari ini hari mulia, hari israk Mikraj, saya menyampaikan lagu ketuhanan, dan saya pandai menyesuaikan diri dan dengan situasi dan menghormati pihak penganjur.

“Saya tidak kisah orang label, janji saya tahu tanggungjawab dan niat saya untuk membantu menjayakan program,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Azlina Daud

Sementara itu, penduduk setempat, Azlina Daud, 56, berkata, program yang dilaksanakan itu baik bagi mengerakkan komuniti di Sungai Isap dengan penglibatan masyarakat.

“Program yang baik sebegini wajar diteruskan untuk komuniti untuk warga Sungai Isap, jangan cepat menilai artis jemputan, sedangakan aktiviti disediakan ini mengukuhkan semangat kejiranan kami.

“Program macam ini bagus sebab dapat mengeratkan silaturahim bersama pihak MBK. Terima kasih sebab buat aktivit di kawasan perumahan di sini,

“Jangan cepat sangat nak cakap tak elok, ini tak elok, penampilan Baby Shima sempena program tiada masalah. Ok saja kami tengok dia,” kata Azlina.

Bagi Pengerusi KRT Sungai Isap Taman Murni, Zaki Ali berkata, aktiviti yang dijalankan sekali gus berjaya mengumpulkan lapan gugusan selain pemilihan ikon berjaya memeriahkan suasana.

Zaki Ali

“Semua pengisian sungguh meriah menghidupkan keharmonian walaupun keadaan pada hari ini kurang sikit dengan lecak.

“Bila MBK buat sebegini, nampak sambutan baik dan penghargaan kepada penduduk rakyat juga. Ada sukan dan aktiviti untuk kanak-kanak juga sesuai,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast