Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas menerima borang keahlian parti PUTRA di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 18 FEBRUARI 2023.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian bahawa beliau hilang kepercayaan dalam Pakatan Harapan (PH) menyebabkannya bertindak meletakkan jawatan pada 2020.

Dr. Mahathir berkata, terdapat segelintir pihak dalam gabungan itu yang perlu bertanggungjawab terhadap krisis yang membawa kepada kemelut politik negara.

“Saya tak faham kenapa orang salahkan saya letak jawatan (Perdana Menteri) yang patut salahkan ialah orang yang tidak nak sokong pendirian saya.

“Saya minta Bersatu supaya tangguh keputusan, jangan keluar lagi tapi mereka tepuk meja suruh keluar PH sekarang juga seolah menolak saya (sebagai PM),” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), di sini, hari ini.

Mahathir menjawab soalan media berhubung titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pembukaan sidang Dewan Rakyat minggu lalu, jika episod yang membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7 tidak berlaku, nescaya rantaian kemelut politik yang berlarutan sehingga kepada Pilihan Raya Umum ke-15 juga dapat dielakkan.

YDPA bertitah, sejak memegang tampuk pemerintahan negara bermula 31 Januari 2019, baginda telah menggalas amanat berat untuk memilih dan melantik empat perdana menteri berbeza bermula dengan Perdana Menteri ke-7, Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, beliau juga tidak boleh menyerahkan tampuk kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu kerana mengikut proses biasa perlu menyerahkan kepada Parlimen, namun Parlimen tidak bersidang ketika itu.

“Nak serah apa, saya pun tak ada apa, saya bukan PM lagi masa itu, nak serah kepada Anwar mengikut proses biasa kalaupun saya serah dia kena pergi ke Parlimen.

“Parlimen akan tentukan sama ada beliau dapat majoriti atau tidak tapi nak serah pun tak ada apa, saya sudah dilucut daripada jadi PM,” jawab Mahathir.

Pada 23 Februari 2020 lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan keluar gabungan PH menerusi kenyataan Presidennnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tindakan itu jelas Muhyiddin, dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam mesyuarat khas yang diadakan malam sebelumnya.

Ia menyaksikan Dr. Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri pada 24 Februari. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Berehat la.. hikmah kalah tu sbb diberi peluang utk berehat. Ambil la peluang yg diberikan ni.

  2. terus berdalih pindahkan DOSA pada orang lain. Untuk mudah difahami sifat Mahathir ni..
    umpama jumpa..
    Ular
    Anjing
    Kell Ling
    Komunis
    Mahathir
    siapa yang anda perlu KETOK dahulu?

Comments are closed.