pengajar yang diibaratkan sebagai
Gambar hiasan

YALA, Thailand – Bekas isteri kepada warga Malaysia yang parah ditembak oleh penyerang tidak dikenali dalam satu kejadian di Jalan Chantharothai, bandar Betong, wilayah Yala di selatan Thailand pada Sabtu lepas (11 Feb) antara ditahan polis Thailand bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Betong, Kol. Pol. Sanya Thongsawat mengesahkan individu warga Thailand berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Betong pada Khamis.

Pada hari yang sama, beliau berkata, polis juga menahan seorang lelaki yang merupakan suspek utama kes tembak itu di sebuah stesen minyak di Chana, Songkhla selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap.

“Polis berjaya mengenalpasti kedua-dua suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan kawasan berdekatan.

“Suspek lelaki mengakui pernah bertelingkah dan berdendam dengan mangsa ketika bekerja di pusat hiburan milik suspek wanita (bekas isteri mangsa)  sehingga menembak mangsa pada 11 Februari lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sanya berkata, suspek lelaki juga mengaku bahawa pistol yang digunakan ketika kejadian telah dibuang di tepi jalan ketika dalam perjalanan ke Songkhla manakala motosikalnya telah disembunyikan di Betong.

“Bekas isteri mangsa dipercayai membantu suspek melarikan diri selepas kejadian itu,” katanya.

Pada Sabtu lepas, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 55 tahun dilaporkan cedera parah di perut dan paha selepas terkena tiga das tembakan di hadapan sebuah kedai serbaneka kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan).

Mangsa telah dibawa ke Hospital Betong bagi mendapatkan rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast