KARACHI – Dua anggota polis, seorang pegawai tentera, seorang orang awam dan tiga anggota militan Tehreek-i-Taliban Pakistan (TTP) terbunuh dalam serangan sebuah pejabat polis, di sini, malam tadi
Sekurang-kurangnya 19 lelaki, kebanyakan anggota polis dan tentera, cedera apabila bom tangan dicampakkan di pintu utama pejabat polis, kata pegawai polis dan hospital.
TPP dalam laman media sosial mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan hendap baharu itu, selepas serangan di sebuah masjid di balai polis di Pashawar, baru-baru ini.
Para pegawai berkata, 30 minit selepas matahari terbenam, tiga anggota militan meletkkan sebuah kereta di pintu masuk pejabat polis itu sebelum bom tangan dibaling ke arah pintu pagar.
Tiga anggota militan itu membawa ‘tiga beg makanan’, menunjukkan mereka bersedia untuk melakukan serangan, kata Ketua Polis Zon Timur, Muquddas Haider.
Haider berkata, terdapat tiga penyerang dan salah seorang meletupkan dirinya semasa operasi memastikan bangunan tersebut selamat selepas serangan itu dilakukan, manakala dua lagi ditembak mati. – Agensi