Antara haiwan dan hidupan liar yang berjaya dirampas dalam operasi bersepadu Khazanah dengan tangkapan 11 suspek pemburu haram oleh KDNKA Bukit Aman 1 hingga 16 Februari lalu. - Gambar ihsan KDNKA. Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 11 individu disyaki pemburu haram diberkas oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dalam lapan siri Operasi Bersepadu Khazanah (OBK)  sejak 1 Januari hingga 16 Februari lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kesemua suspek itu ditahan dan pihaknya merampas pelbagai jenis produk membabitkan hidupan liar berjumlah keseluruhan RM4.9 juta.

Antara haiwan dan hidupan liar yang berjaya dirampas dalam operasi bersepadu Khazanah dengan tangkapan 11 suspek pemburu haram oleh KDNKA Bukit Aman 1 hingga 16 Februari lalu. Ihsan KDNKA Bukit Aman

“Daripada lapan serbuan yang dijalankan itu, terdapat satu operasi kes menarik yang mendapat penghargaan daripada Global Tiger Forum iaitu sebuah badan antarabangsa yang ditubuhkan bagi melindungi habitat asal harimau.

“Pasukan kita telah berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan di Selangor dan merampas sebanyak 69 produk hidupan liar membabitkan jumlah rampasan keseluruhan bernilai RM1.2 juta,” katanya dalam kenyataan  hari ini.

Tambah Noorsiah lagi, Wildlife Crime Bureau (WCB) dan Perisikan Siasatan Khas (PSK) telah merekodkan sejumlah 23 kes pemburuan haram hidupan liar membabitkan nilai rampasan berjumlah RM2.68 juta menerusi OBK sepanjang tahun lalu.

Katanya, antara hidupan liar dan haiwan dilindungi yang berjaya diselamatkan daripada pemburu haram adalah burung murai batu, monyet biru, kucing batu, burung hill myna, helang, musang, iguana dan ayam hutan.

Antara haiwan dan hidupan liar yang berjaya dirampas dalam operasi bersepadu Khazanah dengan tangkapan 11 suspek pemburu haram oleh KDNKA Bukit Aman 1 hingga 16 Februari lalu. Ihsan KDNKA Bukit Aman

“Dalam perkembangan berkaitan, satu kes menarik telah direkodkan pada 2022 iaitu membabitkan seorang lelaki warga tempatan dan seorang individu warga Vietnam disyaki pemburu haram ditahan di Kelantan.

“Modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan melakukan penyeludupan haram haiwan dan hidupan liar melalui jalan laut dengan menggunakan sebuah kapal nelayan.

“Bagaimanapun, hasil risikan kita berjaya menjejaki, mengepung dan merampas kapal nelayan tersebut sebelum pemeriksaan di dalam berjaya membawa kepada rampasan yang mengandungi 59 sangkar besi berisi musang, satu sangkar berisi burung ruak-ruak.

Antara haiwan dan hidupan liar yang berjaya dirampas dalam operasi bersepadu Khazanah dengan tangkapan 11 suspek pemburu haram oleh KDNKA Bukit Aman 1 hingga 16 Februari lalu. Ihsan KDNKA Bukit Aman

“Pihak polis komited dalam membanteras sindiket perdagangan hidupan liar di negara ini dan akan meneruskan kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan serta badan bukan kerajaan bagi menjaga dan melindungi biodiversiti negara dan kelestarian alam daripada diancam pemburuan haram,” katanya.

Tegasnya, operasi OBK juga turut menyasarkan sindiket membabitkan pelombong haram, pembalakan haram, marin biologi dan ekologi yang memusnahkan flora dan fauna.

“Pada masa sama, PDRM juga menyambut baik kerjasama yang dijalankan di bawah operasi bersepadu itu dan sentiasa menyokong penuh hasrat kerajaan untuk memastikan khazanah negara sentiasa terpelihara dan dilindungi untuk generasi akan datang.

“Polis juga menggalakkan kerjasama dan penyaluran maklumat oleh orang awam agar jenayah pemburuan haram haiwan dan hidupan liar dapat dibanteras sepenuhnya pada masa akan datang secara berterusan,” tegasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast