Persekitaran pintu utama Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Dalam satu tindakan yang dilihat terdesak pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk campur tangan bagi membenarkan pengeluaran bersasar sekali lagi dana kerajaan itu.

Sehingga pukul 6 petang tadi hampir 2,000 pencarum menggunakan ruangan komen di Facebook Istana Negara untuk menyampaikan mesej kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Mereka memohon supaya Seri Paduka dapat melakukan sesuatu supaya pengeluaran simpanan KWSP secara bersasar dibenarkan oleh kerajaan.

Pencarum berkenaan merayu agar pengeluaran KWSP dapat dilakukan sebelum penggal persekolahan 2023 dibuka bulan depan.

“Ampun tuanku. Mohon campur tangan dalam hal kelulusan #KWSPBERSASAR #PENGELUARANKECEMASAN dengar segera kerana rakyat sedang mengemis di negara sendiri tuanku,” kata Miza Sa’adun.

“Assalamualaikum. Ampun tuanku sembah patik harap diampun. Di sini patik mengambil peluang ini bagi menzahirkan suara-suara rakyat tuanku yang kini dalam kesusahan. Kami rakyat betul-betul susah tidak tahu lagi bagaimana untuk bercerita. Rakyat tuanku amat-amat memerlukan pertolongan dari tuanku. Tolong Kami tuanku,” rayu Norianda Majid.

“Ampun tuanku mohon nasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar luluskan #kwspbersasar #pengeluarankecemasan buat kali terakhir untuk kelangsungan hidup kami hamba rakyat tuanku,” mohon Ina Azlyena.

“Bantulah kami tuanku terbeban dengan hutang sana sini,” kata Azhar Kayla pula.

Pada Jumaat lalu, tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Global Human Rights Federation (GHRF) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhimpun di Bangunan Perdana Putra memohon supaya pengeluaran KWSP dibenarkan.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir mendakwa, telah menerima aduan seramai 320,000 pencarum KWSP yang terkesan dengan situasi ekonomi ketika ini.-  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Kerajaan sekarang harus fikirkan semua golongan dan bukannya memikirkan golongan B40 semata-semata,kerana M40 pun ada yang susah juga,dan kerajaan harus peka golongan M40 yang akaunnya sudah lama tidak lagi aktif dalam kwsp,dan jangan pandang yang aktif dan kekurangan baki dalam akaun seseorang tu saja,baki mereka yang mengkucupi baki dalam salah satu akuan dan sudah lama tidak aktif harus dibenarkan pengeluarannya sekarang..mungkin pencarum tidak lagi bekerja kerana beberapa faktor,kesihatan,susah mendapat sama macam dulu,kena buang kerja,dan sebagainya..sudah tiba masanya duit tu hendak kami gunakan untuk persaraan keluarga dan sebagainya.

  2. ALASAN YANG TIDAK MASUK AKAL…JIKA TAKUT SANGAT…BENARKAN BERSYARAT BAGI LAH PENGELUARAN AWAL YANG TIDAK LAGI MENCARUM BERHENTI KERJA YANG TIADA MAJIKAN LAGI YANG TIDAK MENARUM ATAU BEKERJA SENDIRI SEDANGKAN KWSP BANYAK DALAM SIMPANAN ..MEREKA INI AMAT PERLUKAN WANG KERANA HENDAK BUAT PUSINGAN MODAL ATAU KELANGSUNGAN HIDUP ..KERAJAAN SANGGUP KE BIARKAN MEREKA INI PENJAM DENGAN AH LONG..ATAU TAMBAH LAGI PINJAMAN YANG BAWA BEBANAN KEMUDIAN HARI…PENDEK KATA PENYESALAN MEMILIH KERAJAAN SEKARANG..TERASA SANGAT2 KESUSAHAN..AKU SEKARANG INI PUN SUDAH JATUH KEPADA B40..HUTANG TIDAK MAMPU DIBAYAR KERETA TERTUNGGAK,,,RUMAH TERTUNGGAK..OPR TIGA KALI DAPAT SURAT KENAIKAN..APA SEMUA NI..TAK NAMPAK LAGIKAH ORANG2 ATAS SANA..SEDANGKAN AKU BANYAK DUIT DALAM KWSP..AKU SUDAH TIADA PENDAPATAN TETAP IBARAT KAIS PAGI MAKAN PAGI KAIS PETANG MAKAN PETANG…TOLONGLAH BERI PENGELUARAN KEPADA YANG CUKUP SYARAT DALAM SIMPANAN YANG BANYAK..JIKA KERAJAAN MENGGUNAKAN DUIT KWSP UNTUK NEGARA IKRARKAN KEPADA RAKYAT SUPAYA RAKYAT TAHU..JANGAN PUTAR BELITKAN SERIBU ALASAN ..KAMI GOLONGAN YANG TERDESAK SEKARANG INI..

  3. Betol.. amat memerlukan pengeluaran kwsp last ni.. bulan 3 ni anak2 nk msk skolah nk kena siapkn brg2 skolah n siapkn duit buku2 skolah anak2, bln 3 msk puasa nk siapkn jg brg2 dapur dh la semakin mahal, bln 4 raya nk siapkn brg2 keperluan unt raya anak2 n bubapa, mknan raya & roadtax insurance keta bln 4 jg tamat tempoh nk kena renew.. Tolong la pikir unt yg memerlukn husbd sorg keja sy wife jg anak2 3org.. yg tk perlu kuar kwsp tkyah la kuar.. harap paham keadaan org2 yg dlm kesempitan kwsp duit sendiri bkn meminjam duit org.. Semoga ada brita gembira unt kami yg memerlukn pengeluaran kwsp akhir ni..

Comments are closed.