KUALA LUMPUR – Sempena Israk Mikraj banyak masjid dan surau mengadakan ceramah bagi meningkatkan ilmu mengenai peristiwa penting melibatkan Nabi Muhammad SAW.
Bagi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Kencana di Ampang, mereka ada caranya tersendiri.
Atas niat mengeratkan kerjasama, KRT dan surau di taman itu menganjurkan pertandingan karom dan ping pong pada sebelah pagi.
Sebelah malam, satu majlis ceramah berkenaan peristiwa Israk Mikraj disampaikan oleh Imam 1, Masjid Nurulsaadah, Kampung Cheras Baru.
Pengerusi Surau Nur Iman, Suhaimi Mat Arshad berkata, tujuan pihaknya menganjurkan pertandingan karom dan ping pong bagi mengeratkan hubungan sesama penduduk.
Selain itu, ia juga bagi menggalakkan penglibatan anak muda dan kanak-kanak untuk gemar ke surau sebagai golongan pelapis.
Lebih-lebih lagi, katanya, surau dan dewan orang ramai di taman itu bersebelahan dan strategi serampang dua mata digunakan bagi tujuan kebaikan bersama.
Juara dan pemenang permainan karom dan ping pong menerima piala, wang tunai serta sijil penyertaan yang disampaikan oleh Pengerusi KRT Taman Kencana, Wan Najib Mat Nor. – MalaysiaGazette
TERIMA KASIH MALAYSIA GAZETTE PERKONGSIAN YANG BERMAKNA BUAT KAMI SEMUA.
TERIMA KASIH BUAT PIHAK PENGANJURAN RTK SERTA PENDUDUK TAMAN KENCANA.
SEMOGA PERSAHABATAN DAN HUBUNGAN SESAMA KITA TERJALIN KEMESRAAN DAN MENJADIKAN KITA MASYARAKAT YANG MADANI DAN PERPADUAN ANTARA PENDUDUK SEKITARNYA.
Alhamdulillah…selesai dgn baik, siapa kata kita tak boleh ??..
Hanya dgn adanya perpaduan, kesatuan hati apajua perancangan, program dapat dilaksanakan dengan lancar..!