Foto yang dikongsi Noryana Najwa di media sosial.

KUALA LUMPUR – Anak Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mengesahkan akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai.

Beliau telah menyerahkan borang pencalonan ke Pejabat UMNO Bahagian petang semalam.

“Terima kasih kepada Ketua Bahagian Lembah Pantai, Tok Lan dan Setiausaha Bahagian, Abang Zul atas kesudian menerima borang pencalonan Yana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap akan diberi peluang untuk berjuang dalam parti yang menjadi kesayangan bapanya.

Noryana Najwan turut menjemput sahabat-sahabat Instagram, Facebook dan TikTok untuk berkongsi pendapat bernas yang mampu memperkasakan UMNO.

Pendapat dan idea tersebut juga boleh digunakan untuk dimanfaatkan oleh anak-anak muda di Lembah Pantai.

We work as a team to bring positive change to our community (Kta bekerja sebagai satu pasukan untuk membawa perubahan positif kepada komuniti),” katanya.- MalaysiaGazette