KUALA LUMPUR – Jangkitan Covid-19 merekodkan sebanyak 186 kes semalam dan satu kematian.
Ia menjadikan kes kumulatif jangkitan sebanyak 5,002,349 manakala kematian bertambah kepada 36,956.
Data KKMNOW menunjukkan kes aktif sebanyak 9,333 termasuk 9,000 menjalani kuarantin di rumah.
Sebanyak 326 orang lagi dirawat di hospital dengan tujuh ditempatkan di unit rawatan rapi dengan empat memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 158 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama. – MalaysiaGazette