Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kes pergaduhan melibatkan dua isteri kepada bekas ketua jurulatih bola sepak kebangsaan selesai.

Ini kerana salah seorang daripada individu yang terlibat telah menarik balik laporan polis berkaitan kejadian pergaduhan tersebut yang dilakukan pada 23 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pengadu dalam kes ini telah menarik semula laporan yang dibuat pada 8 Febbruari lalu.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan telah mendapat arahan tiada tindakan lanjut (NFA) pada 10 Februari yang lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.15 pagi 23 Januari lalu, dua isteri bekas jurulatih bola sepak itu dipercayai bergaduh di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor.

Kejadian dipercayai berpunca suspek terasa dengan kenyataan pengadu dalam sebuah program selain marah dengan tindakan wanita itu berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuan beliau. – MalaysiaGazette