Tekong antara tiga warga Myanmar dicekup bersama bot tempatan dalam keadaan khayal syabu dan hasil tangkapan laut di perairan Sekinchan, Selangor Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 di perairan Sekinchan sekitar pukul 10.40 pagi 18 Februari lalu.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kapten Maritim V. Siva Kumar berkata, bot kelas B1 itu dikesan oleh KM Bagan Datuk pada kedudukan 13 batu nautika Barat Daya Sekinchan.

Hasil pemeriksaan awal pasukannya mendapati bot itu dikendalikan seorang tekong dan dua kru yang kesemuanya warga Myanmar berusia antara 33 hingga 41 tahun telah menjalankan aktiviti perikanan selama dua hari.

“Ketika itu kesemua mereka dalam keadaan khayal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tekong antara 3 warga Myanmar dicekup bersama bot tempatan dalam keadaan khayal syabu selain dirampas peralatan menghisap dadah dan hasil tangkapan laut di perairan Sekinchan, Selangor Sabtu lalu.

Menurut Siva Kumar, pemeriksaan lanjut di dalam bot  membawa kepada penemuan dua keratan penyedut minuman serta satu plastik jernih mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat lima gram yang diletakkan di tempat tidur tekong.

“Kesemua mereka juga didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan dibayar RM70 sehari untuk bekerja di bot berkenaan,” katanya.

Tambah Siva Kumar, turut ditemukan di atas bot ketika penahanan mereka ialah kira-kira 100 kilogram ikan campur dan peralatan perikanan iaitu pukat tunda.

Tekong antara 3 warga Myanmar dicekup bersama bot tempatan dalam keadaan khayal syabu dan hasil tangkapan laut di perairan Sekinchan, Selangor Sabtu lalu.

Menurut beliau, bot, tekong dan kru bersama bahan terlarang telah dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah, Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa permit yang sah.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undangundang di zon maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara,” katanya. – MalaysiaGazette